Setiap orang di dunia ini mempunyai impian di dalam hidup mereka,begitu juga dengan saya. Saya mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat yang tertinggi, supaya saya dapat membantu orang tua saya yang telah banyak berkorban untuk menjaga saya sejak saya kecil. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di IPTS dalam Program Diploma Pembantu Perubatan. Saya amat berminat dalam program ini, dan memasang impian untuk menyambung ke peringkat Ijazah. Saya memilih program ini kerana program ini mempunyai banyak nilai murni,selain tawaran pekerjaan yang banyak pada masa kini. Matlamat saya adalah ingin menjadi seorang Pakar Perubatan yang Berjaya dan berguna kepada semua masyarakat di dunia ini. Bukan hanya pandai dari segi teori tetapi juga mempunyai skill yang mantap. Saya ingin menjadi seorang Penolong Pegawai Perubatan yang selalu berbakti kepada masyarakat samada di dalam mahupun di luar negara. Itulah serba sedikit tentang saya dan perancangan masa depan yang cerah bakal saya jalani..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan